Saturday, 14 September 2019

Kronologi Waris Pertama Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah


2.0       KRONOLOGI PERISTIWA
Tahun
Peristiwa
1920-1942
(22 Tahun)
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang ke 13



1942-1945
Jepun menakluk Malaya



25 September 1942
Sultan Sulaiman mangkat dan digantikan dengan waris pertama Sultan Ali



1942-1945
Sultan Ali memerintah negeri Terengganu



5 November 1945
Sultan Ali diturunkan daripada takhta melalui pakatan Jemaah Pangkuan Negeri dan Dato Da Omar. Sultan Ali mempunyai seorang anak lelaki berumur 11 tahun yang bernama Tengku Abdul Halim pada ketika itu



1945
Jemaah Pangkuan Negeri melantik Tengku Ismail sebagai Sultan Terengganu yang ke 14 yang mengambil gelaran Sultan Ismail Nasharuddin Shah.  Tengku Ismail juga adalah salah seorang ahli Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu pada waktu itu.



1945- 1992
(47 Tahun)
Sultan Ali dinafikan hak sebagai bekas Sultan dan juga seluruh keturunannya ditindas dan dinafikan hak mereka oleh Sultan-Sultan yang memerintah negeri Terengganu pada waktu itu.



1992
Sultan Ali memfailkan kes dimahkamah bagi pengistiharan sebagai bekas Sultan Terengganu yang ke 14 dan memohon diberikan bayaran pencen bekas sultan dan sebagainya.
**Permohonan melalui mahkamah diteruskan dari tahun ke tahun dan dilenggahkan dengan penanguhan dan penolakan permohonan.



2003
Penyelesaian dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu melalui luar mahkamah dengan baucer bayaran sebanyak 1.7 juta secara “One Off” bagi penyelesaian kes tuntutan Sultan Ali dengan perihal baucer tujuan bayaran iaitu “Bayaran Penyelesaian Kes Tuntutan Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No. T-01-163-1995” iaitu 5 perkara yang dituntut melalui mahkamah seperti berikut;

      i.        Pengiktirafan sebagai seorang bekas Sultan Terengganu
     ii.        Tunggakan elaun sebagai bekas Sultan Terengganu
    iii.        Lain-lain relief dan kemudahan yang difikirkan layak
   iv.        Bayaran pencen sebagai seorang bekas Sultan
     v.        Rumah kediaman

***Saya dilantik sebagai “power of attoney” sewaktu bayaran dibuat kerana Sultan Ali telah meninggal dunia sebagai mewakili pihak keluarga
  


2008-2016
(8 tahun)
Saya T. Sulaiman memulakan tuntutan bagi diri saya dan juga mewakili keturunan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sebagai waris sebenar bagi takhta negeri Terengganu dan memohon Jemaah Pangkuan Negeri menimbang dan menyemak dan meneliti semula terhadap pewaris sebenar bagi takhta kerajaan negeri terengganu tanpa menggunakan saluran mahkamah iaitu dengan menggunakan saluran diplomasi bersurat bertarikh seperti berikut;

      i.        Lampiran 1
     ii.        Lampiran 2
    iii.        Lampiran 3
   iv.        Lampiran 4


2010
Jemaah Pangkuan Negeri membuat laporan polis dengan polis report No. 6083/10 bertarikh 5 Ogos 2010. Seterusnya pihak polis telah mengambil kenyataan dari saya. Saya telah diberi amaran dengan menyatakan saya membuat dakwaan palsu  dan cubaan merampas takhta kerajaan Terengganu



2014
Saya T.Sulaiman telah diberi amaran sekali lagi dan dikatakan melakukan perbuatan khianat dan derhaka yang mana tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas saya oleh pihak Jemaah Pangkuan Diraja/Negeri.



2016
Saya memulakan saluran mahkamah bagi kes tuntutan saya apabila saluran diplomasi gagal dan tidak dilayan oleh pihak Jemaah Pangkuan Diraja/Negeri. Ianya difailkan di mahkamah tinggi terengganu dengan affidavit.




2017
Permohonan bicara ditolak oleh mahkamah dengan alasan 1 dan 2



2018
Permohonan rayuan bicara ditolak oleh mahkamah dengan alasan 1 dan 2



2018
Permohonan rayuan bicara semula juga ditolak oleh mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tan Sri Dato Md Raus bin Sharif


Alasan 1
Res judikata (a matter already settled in court; cannot be raised again)
** Sedangkan saya hanya dipilih mewakili keluarga bagi tuntutan pencen Nenda saya Sultan Ali dan bukannya kes tuntutan peribadi bagi hak diri saya. Penyelesaian tersebut diri saya sebagai “power of attoney” dan tidak ada kaitan langsung dengan tuntutan saya pada hari ini.

Alasan 2
Estoppel (a rule of evidence whereby a person is barred from denying the truth of a fact that has already been settled)
** Sedangkan tuntutan saya berbeza dengan tuntutan Sultan Ali yang penyelesaiannya telah dibuat pada tahun 2003 diluar mahkamah adalah berkenaan tuntutan bayaran pencen sebagai bekas Sultan.