Sunday 30 September 2012

Biodata Sultan Ali




Biodata Dan Sejarah
Sultan Ali
Ibni
Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Ibni
Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 111


Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal. Siapakah Tengku Ali sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu. Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.


Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.


Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.


Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta, kekayaan mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.


Ini adalah makam Tengku Ali. Makam ini telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato' Setia Pahlawan YM Tengku Dato' Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK. Tengku Dato' Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.

Tulisan di atas buku berkenaan dibuat dalam dua tulisan iaitu rumi dan jawi seperti berikut :-Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ingatan kasih mesra dan doa restu dari ahli keluarga serta rakyat jelata yang mengenali Almarhum Tengku Ali Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sultan Terengganu yang ke-14, telah diputerakan dalam tahun 1914 Sultan dan Pemerintah bagi Negeri Terengganu serta jajahan takluknya mulai 26hb September, 1942 sehingga 5hb November, 1945. Mangkat pada hari Jumaat 17 hb Mei 1996 jam 12.45 tengahari. bersaman 29 Zulhijjah 1416. Muslimin muslimat yang mengenali baginda sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu wata'ala mencucuri rahmat ke atas roh baginda amin ya rabbil alamin.


Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tidak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945.

Takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).

Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah negeri Terengganu sekarang.

Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.

Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment