Thursday, 25 April 2013

MB Yang Berpengaruh Boleh Menjatuhkan Sultan


















Tengku Ali Sultan Terengganu yang digulingkan oleh MB sendiri. Tengku Ali ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang. Melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford University dalam bidang Geography. Berkahwin dengan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Kita biasa dengar MB takut ke Sultan. Bila berlaku krisis antara MB dan istana biasanya MB yang selalu gulung tikar biar pun MB itu genius dan disokong rakyat. Biasanya PM akan mengalah gantikan MB itu dan Sultan pun 'gumbira'.

Dalam sejarah politik Melayu klasik dan moden ada 2 kes yang melibatkan MB boleh jatuhkan Sultan. Ini adalah MB yang mempunyai politik kelas tertinggi, berkeyakinan dan 'in command'.

Dulu di Johor pada 1699 waktu itu MB di gelar Bendahara berjaya mempengaruhi para pembesar Johor jatuhkan Sultan dengan cara pembunuhan atas alasan 'raja sudah gila'. Akhirnya keturunan Bendahara ini memerintah 3 negeri Johor, Pahang dan Terengganu.

Pada tahun 1945, Sultan Ali dijatuhkan oleh MB Terengganu dengan alasan 'raja banyak kelemahan' diganti dengan bapa saudara Sultan Ali. Posting WZWH ini menceritakan kehebatan politik seorang MB yang boleh manoeuvre dengan politik yang licik boleh buat kuasa besar Jepun dan British dengar cakap MB.

24 September 1942, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah telah mangkat. Tengku Ali anakanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah yang ketika itu adalah Yang di Pertuan Muda Terengganu adalah bakal Sultan ditabal menjadi Sultan Terengganu pada 26 September 1942 ketika berumur 27 tahun.

Seorang yang berjawatan bekas SUK Terengganu tidak bersetuju dengan alasan Tengku Ali banyak '.kelemahan'. Ini berlaku zaman Jepun dan Thai memerintah Terengganu. Walau Tengku Ali melantik bekas SUK ini menjadi MB.

Bila British kembali ke Tanah Melayu selepas perang, MB ini telah mempengaruhi British bahawa Tengku Ali tidak layak menjadi Sultan kerana banyak 'kelemahan', sangat baik dengan Jepun dan anti British akhirnya Tengku Ali dipecat pada 10 November 1945.

Bapa saudara Tengku Ali iaitu Tengku Ismail ditabal sebagai Sultan Terengganu yang baru pada 16  Disember 1945.

Bukan tujuan WZWH untuk mengatakan yang mana pihak yang benar dan yang salah cuma mahu mengingatkan ahli politik bahawa MB yang berpengaruh boleh menjatuhkan Sultan atau buat Sultan dengar cakap MB!


4 comments:

  1. MB atau Bendahara skrg dilantik dgn undian rakyat,sultan hanya perkenan mne2 MB yg baginda rasa layak..cthnye ahmad said dilantik sultan sbg Bendahara wlpn pembesar2 kerajaan menolak ahmad said..tp ats kapasiti dimana ahmad said jadi pembesar hasil undian rakyat jelata,die lyk utk jadi bendahara trengganu..kuasa sultan yg trbatas,x mampu utk menahan bendahara yg diperkenan digulingkan oleh komplot pembesar trengganu serta bendahara negara yakni najib..bendahara razif yg dilantik bendahara negara trpaksa sultan perkenankan..& hasilnya,ble ade slh sikit,gelaran dato sri ditarik balik,pdn muka..skrg,sejarah mungkin berulang dimana bendahara razif ingin gulingkan sultan mizan..mgkn juga pembesar2 brsekongkol dgn keturunan tengku ali utk bawa kes ke mahkamah..tp perlu diingat,keturunan abg sultan sulaiman juga memerhati krn yg selayaknya keturunannya lagi berhak brbanding tengku ali & tengku ismail..sbb datuk sultan mizan,iaitu sultan ismail (putera bongsu) ada 3 adik beradik..

    ReplyDelete
  2. MB atau Bendahara skrg dilantik dgn undian rakyat,sultan hanya perkenan mne2 MB yg baginda rasa layak..cthnye ahmad said dilantik sultan sbg Bendahara wlpn pembesar2 kerajaan menolak ahmad said..tp ats kapasiti dimana ahmad said jadi pembesar hasil undian rakyat jelata,die lyk utk jadi bendahara trengganu..kuasa sultan yg trbatas,x mampu utk menahan bendahara yg diperkenan digulingkan oleh komplot pembesar trengganu serta bendahara negara yakni najib..bendahara razif yg dilantik bendahara negara trpaksa sultan perkenankan..& hasilnya,ble ade slh sikit,gelaran dato sri ditarik balik,pdn muka..skrg,sejarah mungkin berulang dimana bendahara razif ingin gulingkan sultan mizan..mgkn juga pembesar2 brsekongkol dgn keturunan tengku ali utk bawa kes ke mahkamah..tp perlu diingat,keturunan abg sultan sulaiman juga memerhati krn yg selayaknya keturunannya lagi berhak brbanding tengku ali & tengku ismail..sbb datuk sultan mizan,iaitu sultan ismail (putera bongsu) ada 3 adik beradik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum... terima kasih kerana memberi komen di blog kami. saya mewakili keluarga akan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara agar ianya tidak menjadi fitnah yang dibawa yang mungkin kekeliruan itu berpunca dari pengetahuan saudara yang masih kabur terhadap perkara tersebut. Pertama, tajuk di atas adalah menceritakan perihal peristiwa yang berlaku di masa penurunan takhta Sultan Ali di mana bendaharanya memainkan watak utama dalam mempengaruhi niat jahatnya kepada pembesar2 yang termasuk tengku ismail iaitu bapa saudara sultan ali.

      Isu Kedua, memandangkan saudara tidak arif mengenai susur galur kesultanan iaitu sultan zainal abidin dan keturunannya sehingga kini... saya akan biarkan ianya menjadi tanda tanya di pihak saudara dan berjanji akan menjelaskan seluruhnya apabila kes tuntutan selesai.

      Isu Ketiga, usahlah mewujudkan fitnah seperti di atas. Sesungguhnya tiada keredhaan kami sekeluarga terhadap perkara yang dinyatakan itu. Keluarga kami hanya menuntut hak demi agama,keluarga seluruh kaum kerabat, rakyat negeri terengganu dan juga masa depan tanah air terengganu. Selebihnya, kami hanya meminta agar saudara berdoa ketentuan Allah demi kebaikan dan yang terbaik.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete