Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 25 September sebagai tarikh untuk pengurusan kes tuntutan takhta Sultan Terengganu daripada keturunan Tengku Ali Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman. Plaintif, Tengku Sulaiman yang merupakan anak lelaki sulung kepada Tengku Abdul Halim Tengku Ali menuntut haknya menduduki takhta Sultan Terengganu berdasarkan peruntukan undang-undang tubuh negeri Terengganu 1911 (perlembagaan negeri Terengganu dalam bentuk asal).
Seterusnya Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 25
September sebagai tarikh untuk pengurusan kes tuntutan takhta Sultan Terengganu
daripada keturunan Tengku Ali Ibni Almarhum Sultan Sulaiman. Plaintif, Tengku
Sulaiman yang merupakan anak lelaki sulong kepada Tengku Abdul Halim Tengku Ali
menuntut haknya menduduki takhta Sultan Terengganu berdasarkan peruntukkan
Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911 Perlembagaan Negeri Terengganu dalam
bentuk asal.
Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim, 59 tahun telah memfailkan
tuntutan tersebut pada 3 Mei lalu. Tengku Sulaiman hadir di Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu ditemani peguamnya; T Mura Raju buat kali ke-3 selepas kali pertama
pada 6 Jun lalu dan disusuli pada 17 Julai di mahkamah sama. Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menetapkan 25 September
sebagai sebutan semula kes selepas mengambilkira permintaan pihak defenden yang
bercadang untuk membalas afidavit pihak plaintif. Tengku Sulaiman menamakan Yang
di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah
Sultan Mizan Zainal Abidin, Isa @ Ghazali Endut, Tengku Ibahim Tengku Hussin, Syed
Omar Abdul Kadir Al-Idrus, Sheikh Harun Sheikh Ismail dan Kerajaan Negeri sebagai
defendan. Menerusi tuntutan beliau Tengku Sulaiman memberitahu pada 26 September
1942, Tengku Ali menduduki takhta kerajaan Negeri Terengganu berikutan
kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Bagaimanapun Tengku Ali diturunkan daripada
takhta itu pada 5 November 1945 oleh Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu yang
kini di kenali sebagai Dewan Pangkuan Diraja Terengganu dan melantik bapa
saudara Tengku Ali, iaitu Tengku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan
Zainal Abidin III sebagai Sultan Terengganu. Beliau mendakwa Tengku Ali
mempunyai anak sulong lelaki berusia 11 tahun, iaitu Tengku Abdul Halim yang
sepatut mengantikan ayahandanya sebagai Sultan Terengganu. Justeru plantif,
Tengku Sulaiman yang merupakan anak lelaki sulong kepada Tengku Abdul Halim,
menunut haknya menduduki takhta Sultan Terengganu berdasarkan peruntukkan Undang-Undang
Tubuh Negeri Terengganu 1911. Penyataan tuntutan itu turut memaklumkan plantif
sebelum ini pernah mengemukan tuntutannya kepada Dewan Pangkuan Diraja
Terengganu yang mana buat masa ini ia dikendalikan oleh defenden. Menurut
tuntutan itu, dewan tersebut mengeluarkan surat pada 1 September 2014, yang
memutuskan sebulat suara secara bertulis bahawa tuntutan plaintif ditolak
sambil memberi amaran supaya plaintif jangan melakukan khianat atau derhaka
seperti termaktub dalam Fasal 52 Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 dan Fasal
27 kurungan bab atau bahagian kedua perlembagaan.
Diterbitkan pada: Ogos 14, 2016 21:35 (MYT) | Durasi: 3 min, 09 saat [10 Sept 2016]
*http://www.astroawani.com/video-malaysia/waris-tengku-ali-tuntut-takhta-sultan-terengganu-123371
Pernah saudara dengar mengenai nama tengku embung, tengku chik, dan tengku ismail yang jugak waris keturunan tengku ali ?
ReplyDeleteBoleh contact saya di fb? Http://facebook.com/izzah.zakaria . Ada hal sikit kak.
DeleteNak tuntut takhta labur la duit sikit bhai.. Bagi geran pada penyelidik dan pengkaji sejarah bagi dapatkan maklumat baru. Ni tuntutan bedasarkan copy-paste dari sumber sejarah sedia ada dalam internet je.
ReplyDelete