Sunday, 16 December 2012

KESIMPULAN (Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu)

Penyingkiran Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu pada 5 November 1945 berpunca daripada pelbagai sebab. Pada lahirnya penyingkiran Tengku Ali disebabkan pendiriannya yang anti-British dan juga sebagai seorang yang ‘actively collaborated with the enemy or have acted or spoken against the allied cause’. Sungguhpun begitu, pada hakikatnya, penyingkiran Tengku Ali juga mempunyai kaitan dengan rancangan British untuk menjajah Negeri-Negeri Melayu melalui rancangan Malayan Union. Pihak penjajah British sedar bahawa tidak semua raja-raja Melayu akan menyetujui rancangan itu lebih-lebih lagi Sultan Terengganu yang terkenal dengan sikapnya yang anti-British. Penyingkiran Tengku Ali dari tahta telah memaksa raja-raja Melayu lain mengubah pendirian dan akur kepada kehendak British. Nasib Tengku Ali bertambah malang apabila Menteri Besarnya sendiri, Dato Jaya Perksa Che Da Omar Muhammad memihak kepada pihak berkuasa British. Seorang Pemerhati Pembesar menyingkirkan Tengku Ali itu sebagai ‘cara yang tidak sopan’. Walau apa pun yang berlaku terhadap dirinya, Tengku Ali masih menganggap penurunannya sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1945 itu sebagai tidak sah kerana tindakan tersebut telah dilakukan tidak mengikut adab. Beliau menganggap bahawa ‘Kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negeri (Jumaah Menteri) yang menurunkan saya telah terpedaya dengan permainan politik British. Saya memang tidak sukakan British, walaupun saya belajar di Oxford.’
*Persoalannya adakah perlantikkan Sultan Terengganu bermula dari zaman kesultanan Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 - 29 September 1979), Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj ( 1979 – 1998 ), dan Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ( 22 Januari 1962- kini ) menggunakan Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 dalam melantik Sultan seiring dengan objektif-objektif dan fasa-fasa yang termaktub di dalam “ Itqanul Muluk Bil Takdilis Suluk ” yang mengandungi 53 fasa menterjemahkan tentang peraturan dan syarat-syarat berkaitan Sultan, Waris Ganti, Menteri dan sebagainya ?

No comments:

Post a Comment