Tengku Ali ? Pernah tak anda
semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati
Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada
lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak
mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal. Siapakah Tengku Ali
sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu. Tengku
Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri,
Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu
ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal
Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku
Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala
Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke
Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya
diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography. Walau
bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau
kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di
Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada
waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas
sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala
Terengganu.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu
ke-13
Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm
hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu. Sepertimana
anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin,
Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor
Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain
Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah
Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai
13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana
Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Pada hari Ahad,
16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley
berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan
ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu.
Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman,
Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir,
Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan
Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.
Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk
menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu
kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan
pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di
"tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi
Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu
bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.
Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman
semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta, kekayaan
mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei
1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan
Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid
Abidin, Kuala Terengganu.
Ini adalah makam Tengku Ali. Makam ini telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato' Setia Pahlawan YM Tengku Dato' Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK. Tengku Dato' Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.
Tulisan di atas buku berkenaan dibuat dalam dua tulisan iaitu rumi dan jawi seperti berikut :-Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ingatan kasih mesra dan doa restu dari ahli keluarga serta rakyat jelata yang mengenali Almarhum Tengku Ali Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sultan Terengganu yang ke-14, telah diputerakan dalam tahun 1914 Sultan dan Pemerintah bagi Negeri Terengganu serta jajahan takluknya mulai 26hb September, 1942 sehingga 5hb November, 1945. Mangkat pada hari Jumaat 17 hb Mei 1996 jam 12.45 tengahari. bersaman 29 Zulhijjah 1416. Muslimin muslimat yang mengenali baginda sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu wata'ala mencucuri rahmat ke atas roh baginda amin ya rabbil alamin.
Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tiadak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945.
Menurut penjaga makam, ini adalah makam salah seorang yang terlibat menjatuhkan Tengku Ali. Makam ini berada tidak jauh dari Makam Tengku Ali.
No comments:
Post a Comment